Tak kenal maka
tak cinta
6/04/2018 merupakan hari yang
ditunggu – tunggu oleh ahli ATLAS, dimana merupakan hari kami akan menuju ke
SMK Mengkarak. Kami bergerak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di SMK Mengkarak
pada pukul 11 pagi. Ketibaan kami disambut baik oleh beberapa orang pelajar
tingkatan 6, yang membantu kami menunjukkan tempat penginapan ataupun bilik
asrama yang akan kami tinggal untuk 3 hari ini. Mereka sangat baik dan peramah.
Sepanjang
program tautan hati semaian budi anjuran ATLAS ini, kami dberikan tugasan
masing-masing. Dan saya bertugas sebagai AJK makanan, yang mana
bertanggungjawab dalam memastikan semua AJK ATLAS mendapat makanan yang secukupnya.
Untuk sesi bersama pelajar pula, Saya merupakan fasilitator kumpulan, dimana 3
orang ahli ATLAS akan diagihkan kepada 20 kumpulan pelajar. Perasaan yang
bercapur baur saya rasakan, gembira dan juga agak gementar, pada sesi petang,
selepas tamatnya majlis perasmian, pertemuan pertama saya bersama pelajar SMK
Mengkarak, yang mana merupakan ahli kumpulan saya, iaitu kumpulan 17.
Rasa
sangat gementar pada peringkat awalnya semasa aktiviti dalam kumpulan yang
pertama kami lakukan, iaitu sesi perkenalan diri. Pelbagai tanggapan sudahpun
berada dalam fikiran tentang mereka ini, ada yang baik dan ada yang kurang.
Kerana lihat sahaja pada gaya mereka, Nampak seperti pelajar yang agak nakal.
Tetapi apa yang mengejutkan saya ,
apabila saya dan 2 orang lagi ahli ATLAS memulakan sesi perkenalan diri dengan
menjalankan beberapa permainan santai bersama mereka, rupanya, mereka ini
sangat lah sporting. Mereka memperkenalkan diri masing-masing dengan pelbagai
cara dan juga gaya.
Apabila
sudah mengenali mereka, mereka tidak lah senakal yang saya bayangkan. Mereka
sangat baik, sporting dan juga kelakar. Rasa sangat selesa apabila berada
bersama mereka, seolah-olah satu keluarga. Betulah bak kata pepatah melayu “tak
kenal maka tak cinta”.
0 comments:
Post a Comment