Taklimat program oleh Izat kepada fasilitator terlebih dahulu |
Melalui
program jalinan masyarakat iaitu “tautan hati semaian budi”yang telah
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dan Kampung Tok
Langit,Bera,Pahang pada 6-8 April yang lepas,saya mendapati bahawa program ini
telah banyak memberi kefahaman tentang nilai-nilai perpaduan sebenar dalam diri
para pelajar Mengkarak di samping mengeratkan hubungan sesama mereka kerana di
sekolah tersebut terdapat pelajar orang asli yang dimana sesetengahnya bergaul
sesama mereka sahaja.Melalui program inilah didapati hubungan mereka iaitu
melayu dan orang asli semakin erat melalui beberapa aktiviti yang telah
dijalankan dimana mereka harus bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang
diberikan dan bersaing dengan kumpulan yang lain,contohnya dalam aktiviti
“kapal di lautan”,didapati kumpulan saya telah memberikan komitmen yang penuh dan saling bekerjasama antara satu
sama lain,serta apa yang paling mengagumkan bagi saya ialah mereka berani untuk
membentangkan tugasan tersebut kepada juri.
Saya bersama adik-adik kumpulan saya |
0 comments:
Post a Comment