Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Adik-adik SMK Mengkarak- Azlin


Pada hari kedua di SMK Mengkarak pada 7/4/2018. Kami telah melakukan explorace dengan pelajar dimana ada sesetengah pelajar jabatan geografi turut ikut serta bermain dengan pelajar bagi memeriahkan suasana. Semua pelajar telah dibahagikan kepada 20 kumpulan dan mempunyai 10 chekpoint yang dijaga oleh fesilitator. Suasana ketika explorace sangat meriah. Kami dapat melihat kerjasama antara satu sama lain dalam melakukan tugasan dan aktiviti yang diberikan di setiap checkpoint. Antara aktiviti yang ada ialah malu brrtanya sesat jalan, beruang ikan nyamuk. 

kumpulan 8 
Pelajar-pelajar sangat sporting. Jika salah jawab dengan tugasan yang diberikan, mereka akan dicalit kunyit. Mereka tak kisah, malah mereka senorok. Melihat mereka serokon membuatkan kami sebagai pelajar juga seronok. Program tautan hati, semain budi bersama pelajar SMK Mengkarak selama 3 hari 2 malam rasa macam tak cukup. Bagi saya, saya dah rasa sayang dengan mereka dan berharap dapat lalukan lagi program bersama mereka.

Selain explorace, setiap pelajar telah melakukan persembahan pada malam kebudayaan. Sungguh mereka sangat berbakat. Ada yang pandai berlakon, menyanyi dan malah semua pelajar SMK Mengkarak pandai menari. Mereka telah membuat persembahan tarian dengan beberapa lagu bersama tarian. Sungguh kami terkejut dan kagum dengan mereka. Antara lagu dan tarian yang saya suka ialah Goyang Nasi Padang. Tarian mereka comel membuat kan semua fasilitator turut menari. Seterusnya mereka juga mempersembahankan cheers sekolah SMK Mengkarak. Semasa semua pelajar buat cheers tu, kami terkesima dengan suara mereka yang kuat dan seragam. Melalui pengalaman saya, sekolah SMK Mengkarak adalah sekolah pertama yang saya tengok ada cheers. Cheers mereka juga sangat mudah dan kami dapat turut dengan baiknya.



selfie bersama adik-adik Mengkarak

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak