Soalan itu
yang keluarkan dari seorang pelajar SMK Mengkarak. Sepanjang dua hari menjadi
fasilitator Kumpulan 3 Program Tautan Hati Semaian Budi ini, pelbagai soalan
saya dengar, susah juga hendak menjawabnya. Kadangkal soalannya hampir tidak
tercapai akal bagaimana mereka boleh terfikir untuk bertanya. Namun, ada satu
soalan yang masih saya ingat sehingga kini. Soalan ini diajukan oleh seorang
pelajar lelaki, “Abang, macam mana nak
berjaya?”. Saya terkelu bila dengar soalan itu. Apa yang saya boleh katakan
hanyalah usaha. Usaha yang baik, keredaan ibu bapa dan keikhlasan semasa
menuntut ilmu itu antara kunci utama untuk berjaya. Ia memberi sedikit
kesedaran pada saya untuk mengenal keupayaan diri saya sendiri sebelum memberi
sebarang nasihat kepada seseorang.
Disini saya
dapat lihat kemahuan para pelajar SMK Mengkarak dalam membina niat dan usaha
untuk sama-sama menggapai menara gading. Malah semasa Latihan dalam Kumpulan
dijalankan khususnya di dalam Slot Potensi Diri. Mereka banyak bertanya pendapat
dan serba sedikit akan menambah kesedaran mereka tentang kebaikan pendidikan
untuk masa hadapan mereka. Saya sangat berbangga dan berbesar hati kerana
diberi peluang untuk menjadi satu daripada fasilitator program ini. Semestinya
program sebegini seharusnya dijalankan kerap kali kerana kesedaran pendidikan
sangat penting bagi seorang pelajar sekolah.
Bendang
lapang digebur kerbau,
Datang
bangau dihalau pergi,
Indahnya
Bera tidak terimbau,
Panjang usia,
bersua lagi.
0 comments:
Post a Comment