Bermula hari pertama di SMK Mengkarak, pengalaman
yang berharga dan sangat bernilai. Pelbagai cabaran yang mengajar kami untuk
menguruskan sesebuah majlis yang besar di bawah nama fakulti dan universiti.
Bahkan melibatkan masyarakat luar. Penglibatan ahli atlas dengan pelajar bermula
semasa pembahagian kumpulan.
Kumpulan
saya pada mulanya hambar disebabkan pelajar masih malu-malu. Tapi dorang ni
sebenarnya sudah kenal sesama sendiri. Ada dua pelajar lagi yang belum datang
sebab ada latihan sukan. Kami pun main lain lah permainan buaya biawak. Dua
orang pelajar tadi tu pun dah datang. So, di sini mereka diminta untuk pilih
ketua kumpulan dan buat 'cheers'.
Bila
kumpulan lain dah mula bersorak dan dah ada 'cheers' masing-masing stress juga
bila kumpulan sendiri belum ada cheers. Kami bagi cadangan dorang tak nak
hahaha. Sampai satu tahap saya geram dengan budak-budak lelaki yang duk main ja
dari tadi, "Akak geram ni sekarang. Jangan sampai akak cubit". Dorang
boleh ja gelak sakan. Sakit hati juga sebenarnya and then sorang pelajar
sebelah saya, Poyeng pun cakap sambil gelak "saya ada idea kak. Akak
jangan cubit tau."
Poyeng
sebagai booster dan kami yang lain sebagai follower. Alhamdulillah cheers kami
bagi saya paling power antara semua sampai dibawa dan diaplikasikan dalam Atlas
dan dibawa sampai ke UM.
Selepas
pulang dari SMK Mengkarak, Poyeng ada chat. “Saya memang takleh lupa yang akak
geram dengan saya masa nak fikirkan cheers”. HAHA comel ja dorang ni.
Sememangnya program Tautan Hati Semaian Budi ini memberi kesan dan pengalaman
untuk semua yang terlibat. Terima kasih semua.
#hujanpanas
#ributpetir
~Nurfahera binti Fatahudin~
0 comments:
Post a Comment