Selepas tamatnya program Jalinan Masyarakat ATLAS yang bertempat di SMK Mengkarak, Bera, Pahang ini, pelbagai kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Banyak lagi perkara yang perlu saya baiki dan pertingkatkan dalam diri saya untuk menjadi seorang yang lebih hebat untuk masa akan datang. Pelbagai halangan, rintangan, dan ujian yang terpaksa dihadapi sebelum dan semasa program ini dijalankan. Namun yang dapat dibanggakan, kami dapat melaksanakan program ini dengan baik dan akhirnya selesai. Setelah berbulan-bulan perancangan dilakukan, setelah berlaku pertukaran tempat sebanyak 2 kali, akhirnya program ini berjaya dilaksanakan di SMK Mengkarak. Alhamdulillah dan saya sangat bangga kerana mempunyai ramai sahabat-sahabat yang turut membantu saya dalam misi menjayakan JM kali ini. Perasaan bangga, terharu, sedih, teruja dan pelbagai macam rasa dapat dirasakan dan saya harap dapat melibatkan diri dalam program seperti ini lagi pada masa akan datang. Kini saya berada dalam unit tajaan bersama lagi 15 sahabat-sahabat lain. Saya sangat teruja dapat bekerja sekali dengan unit ini dan juga berkerjasama dengan unit-unit yang lain. Air dicincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua. Begitulah gambaran yang boleh saya simpulkan dalam menjayakan misi JM pada kali ini. Memang tidak dapat dinafikan kadang-kadang tercetus situasi tegang di antara ahli ATLAS namun ianya tidak kekal lama. Saya berharap dengan program ini bukanlah memecahkan tetapi merapatkan lagi di antara satu sama lain. Saya sayang semua sahabat-sahabat ATLAS.
0 comments:
Post a Comment