Awal November 2017, Penyelaras Program Jalinan Masyarakat Geografi iaitu Dr. Saripah Osman telah memperkenalkan kepada kami apa itu Jalinan Masyarakat dan telah menubuhkan satu persatuan yang akan menguruskan program ini sesi 2017/2018. Semasa itu saya telah diberi mandat sebagai pengarah program ini. Jujur saya katakan melalui program ini saya dapat menimba 1001 pengalaman baharu. Ada yang duka dan banyak yang suka, ada yang pahit namun banyak manisnya, ada rasa pahitnya peria namun banyak manisnya madu. Antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan apabila saya dapat mengenali sahabat-sahabat jabatan saya dengan lebih dekat. Saya dapat melihat “perangai” sebenar masing-masing apabila bekerja di bawah tekanan. Seperti yang dikatakan oleh penyelaras kami, program ini diadakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugasan ini namun untuk memberi pengalaman baharu kepada kami pelajar tahun pertama dan melihat reaksi kami apabila bekerja di bawah tekanan. Tekanan, tekanan dan tekanan diberikan untuk menjadikan seorang yang hebat di masa akan datang. Seperti berlian yang menjadi indah berkilauan disebabkan tekanan yang tinggi, begitu lah juga harapan dan hasrat program ini diadakan. Supaya kami dapat menjadi seorang mahasiswa yang cekal, hebat, tahan emosi dan sifat-sifat ini sangat penting apabila masuk ke alam pekerjaan kelak. Saya dapat membina persahabatan dengan lebih ramai rakan-rakan baharu. Bagi saya program ini sepatutnya diteruskan unutk masa-masa akan datang dalam misi melahirkan seorang mahasiswa dan mahasiswi yang mantap dan bersedia dalam menjalani liku-liku kehidupan di alam universiti dan alam pekerjaan kelak.
0 comments:
Post a Comment