Di sini mereka amat
tertarik dan mendengar dengan teliti nasihat yang saya berikan..ada yang banyak
bertanya dan ada yang pendiam.. apa yang saya buat..kepada pelajar yang diam
tersebut adalah dengan banyak bertanya kepadanya..akhirnya dia berani bertanya
serba sedikit tentang hala tujunya selepas ‘F6’ iaitu Tingkatan Enam. Pada hari
terakhir, saya dan rakan-rakan lain pergi ke Kampong Tok Langit yang mengambil
masa 25 minit degan berjalan kaki dari asrama sekolah Mengkarak.
Berlari anak sambil membawa anak pokok |
Ke sana saya
dan rakan-rakan menjalankan sumbangan anak pokok dan bergotong-royong kepada
salah sebuah masyarakat di sana. Yang menariknya adalah, seorang pakcik ini
mempunyai usaha kebun sendiri. Saya dapat mengenal dengan banyak tentang
pelbagai tumbuhan yang pakcik ini telah tanam. Contohnya, di kebun pakcik ini
wujud pelbagai jenis tumbuhan walaupun jumlahnya tidak banyak. Di sini kami
menerima banyak ilmu tentang jenis pokok dan dapat menikmati beberapa hasil
tanaman. Ini kali pertama saya melihat pensyarah iaitu Dr cantik meminum
air kelapa yang tanpa menggunakan straw. Sebelum dr mulai meminumnya, saya
telah berfikir kemungkinan, air kelapa itu akan tumpah ke baju dr..tetapi tidak
tenyata dr yang selalu berpenampilan megah dan menawan itu pintar meminumnya
tanpa tumpah…hehehee..dr jangan marah yer…Kemudian pak cik ini juga memberi
saya dan rakan-rakan memakan tebu..rasanya sugguh
manis…arghh..sedapnya..Setelah siap dari ramah mesra dengan penduduk kampung,
kami bergegas ke sekolah untuk majlis penutupan dan pulang ke UM.
Tapi..pengalaman yang sampai sekarang saya tak lupakan ialah menaiki hilux
ramai-ramai, sempit-sempit kat belakang kereta tu..ketika ingin bergerak ke
sekolah semula. Kenapa? Yang rasa sahaja dapat tahu….hahaahaa. sebelum pulang
ke UM kami berfoto bersama pelajar dan bertukar nombor telefon dan media sosial. Sungguh saya berasa sangat gembira dan jika diberikan peluang ingin bersama adik-adik SEMARAK ini lagi.
Game bersama adik-adik SEMARAK |
0 comments:
Post a Comment