Pada
hari pertama jalinan masyarakat iaitu pada
6 April 2018, kami telah bertolak pada pukul 7.45 pagi dari UM Central
dan tiba di SMK Mengkarak pada pukul 11.45 pagi. Aktiviti pertama yang
dijalankan ialah upacara perasmian majlis dan diteruskan dengan pembahagian
pelajar-pelajar SMK Mengkarak ke kumpulan masing-masing bersama fasilitator
mereka. Para pelajar dan juga fasilitator telah diberi makan tengah hari dan
diteruskan dengan sembahyang jumaat bagi yang Muslim dan slot moral bagi yang
bukan muslim. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sesi ice-breaking bersama
ahli ahli kumpulan. Dengan ini, saya dapat mengenali secara lebih dalam
pelajar-pelajar dalam kumpulan saya dan latar belakang mereka. Pada waktu petang,
aktiviti sukan bersama pelajar telah diadakan iaitu bermain bola beracun
bersama fasi dan juga pelajar menggunakan kain batik bagi pelajar perempuan dan
bola sepak berkain pelekat untuk pelajar lelaki. Aktiviti ini telah mengeratkan
hubungan bersama pelajar dan juga fasi-fasi yang terlibat. Pada waktu malam,
aktiviti pembinaan menggunakan bahan
yang diberi telah dijalankan. Aktiviti ini mendorong pelajar unuk berfikir
secara kreatif dan juga mengeratkan hubungan bersama pelajar dan juga fasi-fasi.
0 comments:
Post a Comment