Program jalinan
masyarakat yang dijalankan oleh para pelajar Jabatan Geografi tahun pertama
yang di mana program ini dikenali sebagai program ‘Tautan Hati Semaian
Budi’berjalan dengan lancar. Saya sangat gembira kerana sepanjang program ini
saya diajar untuk menjadi seorang fasilitator yang berdisiplin dari aspek
pemakaian,komunikasi dan ketepatan masa. Antara perkara penting yang diajar
untuk menjadi seorang fasilitator ialah budaya ‘DUIT’ yang merujuk kepada
disiplin,usaha untuk membuat kebaikan,ingat-mengingati dan tepati masa. Dalam
program ini kami dapat berkomunikasi dengan dua masyarakat yang berbeza iaitu
pelajar SMK Mengkarak dan jug penduduk Kampung Tok Langit. Kami dilayan dengan
sangat baik oleh kedua-dua masyarakat tersebut. Masyarakat pertama iaitu
pelajar SMK Mengkarak mereka begitu teruja dengan ketibaan kami dan sudah
semestinya kami lebih teruja. Para pelajar SMK Mengkarak mempunyai perwatakan
yang baik,mereka patuh dengan arahan yang kami berikan oleh itu tiada
sebarang masalah yang berlaku.
Masyarakat kedua iaitu penduduk Kampung Tok Langit,mereka juga sangat baik.
Kami telah dibahagikan dengan beberapa kumpulan dan menuju ke rumah yang telah
ditetapkan. Mereka menyediakan makanan untuk kami dan meluangkan masa
berborak-borak bagi tujuan untuk merapatkan hubungan kami. Secara
keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan program yang kami telah jalankan
dan diharapkan agar jalinan masyarakat masa akan dating lebih baik dan mantap.
Beginilah kalau gagal melaksanakan "DUIT" |
Sedap tau.. |
0 comments:
Post a Comment