Pada malam hari kedua Hari Jalinan Masyarakat Jabatan
Geografi, satu majlis kesenian telah dijalankan, iaitu Malam Kebudayaan. Malam
tersebut, 10 kumpulan telah membuat persembahan mengikut tema yang telah
diberikan. Ada satu kumpulan pelajar ni yang telah membuat persembahan
bertemakan hantu. Sedang kami tengah syok layan mereka berlakon, tetiba lampu
kat bahagian pentas gelap dan berkelip-kelip. Kami kat bahagian penonton ni dah
cuak. Kenapa pulak tetiba lampu tu macam tu? Lepas tu kedengaran lagu
Pulangkanlah. Alaa lagu dalam cerita Pontianak tu. Tetiba kat atas pentas
nampak macam ada benda putih yang tengah berdiri tepi dinding. Dengan lampu yang
masih berkeli-kelip, tambah pulak lagu yang menyeramkan dan semua dah menjerit.
Ahahaha. Memang seram sangat. Yang benda putih tu rupanya pelajar SMK Mengkarak
yang pakai telekung solat. Lepas tu pakai pulak bedak kat muka. Pandai diorang
berlakon. Memang berbakat pelajar-pelajar SMK Mengkarak ni.
0 comments:
Post a Comment