7/4/208/Sabtu
"Gagak putih Cruise"
nama ini diberikan bersempena dengan nama kumpulan kami iaitu "Gagak Putih". Nama kumpulan tersebut dicadangkan oleh ketua kumpulan itu sendiri. saya menanyakan "kenapa nama kumpulan gagak putih?" lalu dia menjawab," Mana ada gagak putih."๐
sekali lagi memeningkan kepalaku.hahaha
pelajar tersebut memaksudkan yang "kita akan menjadi seperti gagak putih yang lain daripada yang lain atau dalam bahasa mudah sangat luar biasa".
Pada malam tersebut, setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan sebuah kapal yang diperbuat daripada barang-barang terpakai. masing-masing diberikan tugas iaitu 6 orang buat kapal dan 4 orang lagi tulis apa yang nak dibentangkan menghunakan kertas mahjung. semua pelajar bekerjasama menyiapkan tugasan tersebut. saya perhatikan pelajar-pelajar tersebut sangat kreatif dalam menghasilkan kapal tersebut. kreatif daripada fasi lagi.๐
.. Akhirnya,terhasil lah sebuah kapal yang sangat unik dan hebat yang diberikan nama " Gagak Putih Cruise". Kapal tersebut juga tidak karam apabila dimasukkan ke dalam air. Kapal tersebut sangat mengagumkan๐.
selain dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya, sikap saling kerjasama antara ahli juga dapat dipupuk. Sekian, terima kasih.๐
Galeri
TRAVELOG ATLAS
Sunday, 29 April 2018
"Gagak putih Cruise"- Liyana
April 29, 2018
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment