Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Malam Kebudayaan Pupuk Kemesraan- Aisyah


Pada hari kedua Program Tautan Hati Semaian Budi, saya diberi tugas menjadi ‘emcee’ pada malam kebudayaan. Tugas yang diamanahkan telah cuba saya pikul dengan sebaiknya. Menjadi emcee bukanlah sesuatu yang baru bagi saya, tetapi bersama-sama dengan adik-adik SMK Mengkarak pada malam itu, memberikan satu kelainan dan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Adik-adik SMK Mengkarak semuanya memberikan kerjasama dengan baik. Walaupun hanya diberi masa tidak sampai 3 jam untuk persiapan mereka melakukan persembahan, malam  kebudayaan tersebut berjalan dengan baik. Terasa berada di pelbagai negeri walaupun ketika itu berada di Pahang kerana adanya persembahan seperti Dikir Barat (seolah-olah berada di Kelantan), nyanyian, sketsa dan bermacam-macam lagi. Semua persembahan yang dipersembahkan sangat menghiburkan dengan adanya selitan ‘pickupline’.


Saya bersama Izat sebagai emcee pada malam kebudayaan.

Antara persembahan daripada adik-adik SMK Mengkarak.
Yang lebih menarik pada malam itu, fasilitator ATLAS juga tidak terlepas daripada membuat persembahan termasuklah saya sendiri. Kami melakonkan sketsa pendek dan mempersembahkan dua buah nyanyian kegemaran Penyelaras Program kami, Dr Saripah bt Osman iaitu lagu Jampi dan Di Matamu. 

Kesemua fasilitor yang mengetuai tarian lagu tema dengan penuh semangat.
Malam kebudayaan tersebut secara keseluruhannya berjalan dengan jayanya. Selain daripada dapat mencungkil bakat adik-adik SMK Mengkarak, kemesraan dapat dipupuk antara kami semua.
“ATLAS dan Mengkarak, SEHATI SEJIWA”


Barisan fasilitator yang membuat persembahan.
Sebelum berakhirnya slot pada malam itu, kesemua fasilitor dan adik-adik menyanyikan lagu tema iaitu lagu Generasiku sebagai penutup


Siti Nurul Aisyah binti Zulzaidi,
Biro Sukan & Aktiviti Atlas.


0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak