Sejujurnya, bagi saya pelajar SMK Mengkarak ini
berbakat dan memang dahsyat, namun sebahagian sahaja yang menyerlah. Namun begitu,
sepanjang tiga hari program kami berlangsung saya melihat lebih ramai yang
mencuba untuk menonjolkan diri mereka. Adakah kerana mereka ingin memikat hati
kakak dan abang fasilitator yang segak ini? Hahahaha entahlah, yang penting
mereka mencabar diri ketika peluang dibuka. Ternyata mereka adalah komuniti
yang pandai memanfaatkan peluang dan ruang yang terbuka dihadapan mereka. Sebenarnya
saya berasa agak risau kerana dikhabarkan kepada kami iaitu para fasiltator
bahawa pelajar SEMARAK ini degil, kurang rasa hormat antara satu sama lain, dan
berpuak antara sebelum kami melihat sendiri situasi sebenar ada juga benarnya
namun mereka seteruk yang disangkakan. Saya sunggu terharu dengan kerjasama
yang mereka berikan walaupun banyak kecacatan program yang berlaku. Terima
kasih warga SEMARAK.
0 comments:
Post a Comment