Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Indahnya suasana KG. Tok Langit- Azlin



Pada 8/4/2018 iatu hari ketiga. Semua pelajar jabatan geografi telah pergi ke Kg. Tok Langit untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk kampong. Perjalan ini mengambil masa 20-25 minit dari asrama SMK Mengkarak ke Kg. Tok Langit. Semua pelajar berjogging bersama-sama untuk pergi ke Kg. Tok Langit. Setelah penat berjogging, kami berjalan sambil menikmati keindahan perjalan ke Kg. Tok Langit. Jalan hendak ke kampong sangatlah tenang dan damai dimana tidak ada banyak kereta yang lalu lintas kerana jalannya adalah lorong biasa. Sepanjang laluan jalan ke kampung kami Nampak pokok-pokok hijau yang sangat mendamaikan. Setelah kami sampai ke Kg. Tok Langit, kami disambut baik oleh ketua kampung dan penduduknya. Kami diberi makan sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti. Selepas itu, kami dibahagikan kepada 13 kumpulan dan bergerak ke setiap rumah di kampung itu. Antara aktivi yang kami lakukan adalah menanam pokok bersama penduduk kampung, membersihkan kawasan sekitar rumah, dan mebersihkan surau bersama penduduk kampung. Setelah selesai semuanya, kami berkumpul balik ditempat yang telah ditetapkan. Ini adalah pengalaman yang cukup indah bagi saya sepanjang berada di Kg. Tok Langit.

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak