Pada 6 april 2018 jabatan geografi mengadakan
program jalinan masyarakat di sekolah menengah kebangsaan mengkarak dan di
kampung tok langit yang berada di daerah bera, pahang. Kami amat teruja sesudah
sampai disana kerana disambut mesra oleh warga sekolah. Sekolah tersebut adalah
sekolah lama saya dan saya iingatkan pada mulanya ianya biasa-biasa sahaja.
Namun sesudah sampai di sana kami amat teruja kerana pelajar-pelajar disana
amat gembira menyambut kehadiran kami. Kami menjadi fasilitatir mereka seramai 76
orang fasi dan 220 orang pelajar sekolah menengah kebangsaan mengkarak yang
terdiri daripada pelajar tingkatan 3,4,5 dan 6 atas.
Banyak aktiviti telah kami jalankan dan
mendapat sambutan yang tidak terjangka kerana mereka sangat-sangat bagus dalam
kerjasama. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah SLOT LDK iaitu
latihan dalam kumpulan seperti kapal dilautan luas, universiti impian dan
sharing is caring. Seterusnya kami ada SLOT AKTIVITI LUAR seperti sukan rakyat
berpakaian kain pelikat dan berkain batik, explore dan zumba. Semua permainan
yang kami jalankan tidak cukup masa kerana mereka inginkan lagi walaupon masa
sudah kesuntukan. Saya selaku alumni smk mengkarak berasa amat teruja kerana
tiada masalah yang timbul disana walaupun ianya sekecil zarah.
0 comments:
Post a Comment