April 2018 di kampung Tok Langit, Bera,
Pahang. Program jalinan masyarakat ATLAS Jabatan Geografi Universiti Malaya
telah memasuki hari terakhir. Pada hari terakhir ini, kami bergerak ke Kampung
Tok Langit yang mengambil masa selama 20 minit berjalan kaki daripada Sekolah
Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera, Pahang (SEMARAK). Kami bertolak pada pukul
7.30 pagi daripada asrama SEMARAK dan tiba di kampung Tok Langit dengan
berjoging pada pukul 8 pagi. Kami disapa mesra oleh penduduk kampung dengan
dihidangkan sajian pagi seperti nasi lemak, rendang, dan bermacam-macam lagi.
Pada pukul 8.30 pagi taklimat ringkas dilakukan dan pembahagian kumpulan bagi
aktiviti bersama penduduk kampung Tok Langit. Saya diserapkan ke dalam kumpulan
bersama sahabat saya Abdul Rashid, Adilah, dan Nabila. Kami mendapat rumah
ketiga yang berhadapan dengan sungai Bera. Kami disambut baik oleh tuan rumah.
Setelah beramah mesra dengan tuan rumah dan mendedahkan program jalinan
masyarakat kami bersama mereka, kami mendapat kata sepakat untuk mengadakan
sedikit gotong royang. Sepanjang kami bergotong royang bersama tuan rumah, kami
didedahkan oleh beliau tentang pokok buah-buahan yang ada di kawasan rumah
beliau. Banyak juga pokok buah-buahan yang baru kami kenali disitu. Selepas
siap melakukan aktiviti gotong royong, kami meneruskan konsep bumi hijau yang
dibawa oleh jabatan kami dengan menanam pokok durian belanda sebagai simbolik
jalinan masyarakat kami di rumah beliau. Sesudah itu, tuan rumah menghidangkan
kami dengan kek pisang dan kelapa pandan muda yang baharu diambil oleh beliau
daripada pokok kelapa pandan yang beliau miliki. Apa yang ingin saya tekankan
disini adalah air kelapa pandan yang beliau hidangkan bersama air batu itu
sangat manis dan menyegarakan. Rasa air kelapa pandan yang semula jadi itu
sungguh menyegarkan tekat apabila penat bekerja. Suasana dan rasa air kelapa
pandan itu menyebabkan saya teringat akan kampung halaman di Terengganu.
MOHD
AMRIL HAKIMI BIN MAT ADENAN
TIMBALAN
PENGARAH ATLAS
JABATAN
GEOGRAFI, UNIVERSITI MALAYA
0 comments:
Post a Comment