Galeri

TRAVELOG ATLAS

Thursday, 22 February 2018

Mesyuarat Kali Keenam

Tarikh : 9 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah C, FSSS
Aktiviti : Penerangan Khusus Jalinan Masyarakat

Pada 9/2/2018 telah diadakan satu mesyuarat di dewan kuliah C,FSSS yang menghimpunkan semua ahli program jalinan masyarakat sesi 2017/2018 bagi mengemaskan data terkini bagi program jalinan masyarakat ATLAS. Tujuan mesyuarat jni diadakan adalah untuk mengemas kini program dan perangkaan perbelanjaan. Banyak urusan yang telah dijalankan dan masih banyak yang perlu diselesaikan. Daripada mesyuarat kali ini juga banyak perkara yang dapat diperbaiki, ini adalah sebagai satu medan untuk kami bertukar cadangan dan memberi pendapat. Pengarah projek ATLAS, Rahman juga ada memberi teguran dan kata semangat untuk kami tidak berputus asa dalam menjayakan program ini. Sekitar penghujung mesyuarat, penyelaras program jalinan masyarakat Jabatan Geografi(ATLAS), Dr. Saripah memberi sedikit taklimat penting mengenai subjek jalinan masyarakat itu sendiri. Mesyuarat diakhiri dengan sesi fotografi bersama Dr. Saripah.



0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak