Galeri

TRAVELOG ATLAS

Thursday, 22 February 2018

Mesyuarat Kali Ketujuh

Tarikh : 14 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Penerangan daripada Dr. Saripah,Penyelaras Projek


Seperti mana kebiasaan wakil setiap unit akan membentangkan tetlebih dahulu apa-apa perkembangan terkini supaya setiap ahli projek Atlas cakna terhadap perubahan-perubahan semasa yang berlaku. Ini juga supaya setiap ahli tidak terlepas info-info penting. Seperti mana dari pihak bendahari sendiri mengulaskan bahawa Pengumpulan wang deposit masih dalam proses dimana ada sebahagian rakan yang belum membayar lagi . 

Manakala dari unit hadiah dan cenderamata pula memaklumkan bahawa akan ada cenderamata yang pihak pelajar  keluarkan untuk diberikan kepada keluarja angkat. Ini sebagai penghargaan kepada pihak keluarga angkat kerana sudi menerima kami malah mengalu alukan kedatangan kami.

Pada mesyuarat ATLAS kali ini juga pengarah telah memberi serba sedikit penerangan mengenai lawatannya ke Kampung Lambak, Tanjung Malim dan telah bersemuka dengan ketua kampung disana, Encik Zul untuk berbincang mengenai program yang akan dijalankan di kampong beliau. Encik Zul memberi respon yang positif terhadap rancangan kami.Cadangan mengadakan Hari Interaksi pada 23 Februari 2018 iaitu pada hari Jumaat.




Penyelaras Jalinan Masyrakat, Dr Saripah Osman





Biro Publisiti dan Media Sosial

Pemilihan logo rasmi ATLAS yang dibuat melalui undian dibentangkan semula dengan penerangan setiap simbol yang terlakar dalam logo tersebut. 

Ameil memberikan penerangan tentang logo ATLAS
Seterusnya, seorang daripada wakil unit publisiti juga telah membentangkan pilihan design baju untuk dijadikan baju rasmi untuk program ATLAS dan juga penerangan terhadap design yang dicadangkan.
Irsyad dari biro publisiti membentangkan cadangan baju ATLAS

Design baju yang mendapat undian paling banyak
dari biro publisiti dan media sosial
#atlas1718
#geografidanalamsekitar
#amicableteensleadsamazingsociety

Biro Makanan dan Kebajikan

Penetapan menu masih dalam perbincangan dan anggaran perbelanjaan juga masih dalam perangkaan kerana unit ini sedang melakukan tinjauan terhadap harga barang. Senarai menu telah disediakan akan tetapi penyusunan menu bagi tiga hari program yang akan berlangsung masih dalam perbincangan. Kami juga ingin menenagkan semua pihak agar tidak terlalu risau akan isu makanan. Kami juga akan menyediakan menu khusus bagi golongan vegetarian dan alergik terhadap makanan.

dari biro makanan
#atlas1718
#amicableteensleadamazingsociety
#jabatangeografidanalamsekitar
#perutkenyanghatisenang

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak