Galeri

TRAVELOG ATLAS

Thursday, 15 February 2018

Mesyuarat Kali Keempat

Tarikh : 5 Februari 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Pembentangan perkembangan dari setiap unit



Biro sukan dan rekreasi
Pembentangan oleh : Mohd Shamil Rushdan bin Samsudin
Intipati: Senarai alatan dan aktiviti telah disediakan serta tarian zumba masih dalam perbincangan.
Masalah : Aktiviti yang disenaraikan terlalu banyak dan perlu memilih aktiviti yang sesuai namun begitu aktiviti sampingan juga telah dirancang jika berlaku perubahan cuaca atau terdapat masalh lain.




Biro tajaan dan perhubungan luar
Pembentangan oleh : Wong Kit Yi
Intipati: Semua ahli telah emailkan kertas kerja kepada syarikat yang berkenaandan sekarang hanya menunggu maklum balas daripada syarikat tersebut.
Masalah : Masih menunggu maklum balas daripada pihak Kg Lambak bagi perjumpaan kali pertama.


Biro makanan dan kebajikan
Pembentanga oleh : Hemasundhra
Intipati: Anggaran kewangan sudah disediakan.
Masalah : Cadangan dan pendapat untuk memperoleh makanan di rumah keluarga angkatmasing-masing bagi mengurangkan perbelanjaan.


Biro hadiah dan cenderamata
Pembentangan oleh : Mallina Rahmatika binti Mat Radzi
Intipati : Anggaran kewangan sudah disediakan.
Masalah : Bilangan sebenar VIP dan bilangan kumpulan masih tidak mendapat kata putus.


Biro multimedia dan publisiti
Pembentangan oleh : Ameil Sheridan Bin Mohamad Nizam
Intipati : Logo, baju , media sosial seperti ‘ facebook’ , ‘ instagram’, dan blog sudah disediakan.
Masalah : Kesuntukan masa kerana ahli semua kesibukan dan masih perlu membuat sedikit penambahbaikan terhadap lakaran yang telah dibuat.



Biro protokol
Pembentangan oleh : Muhammad Zakwan Anas Bin Abd Wahid
Intipati: Tentatif  program telah diutarakan dan masih menunggu persetujuan lokasi tetamu dan  juga majlis yang akan dijalankan.
Masalah : Masih boleh dikawal.



Selesai sesi pembentangan oleh wakil unit, penyelaras projek memberikan maklum balas dan nasihat terutama dalam penyediaan logo dan penglibatan media sosial dalam memajukan projek ini.


0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak