Tidak boleh disangkal lagi projek
Jalinan Masyarakat ni memangg telah membuatkan aku kenal dengan semua
kawan-kawan dari jabatan Geografi ni samada budak alam sekitar apatah lagi
budak geografi sendiri. Jujur aku akui memang sebelum JM ni ramai yang aku tak
kenal dan selepas daripada projek ni aku dapat kenal semua sampaikan perangai
diorang pun aku kenal.
Bagi aku, perkara sebegini memang
sangat bagus, kami bekerjasama, berbincang, lepak, stay up untuk settlekan
kerja and banyak lagi. Aku sangat-sangat berharap hubungan yang telah terjalin
erat ketika hendak menjayakan projek ini akan terus berkekalan sampai
bila-bila. Biasalah kalau ada sedikit perselisihan faham antara satu sama lain
tapi, harapan aku nak tengok semua ahli dapat menyelesaikan dengan cara yang
terbaik. Sedih jugak bila dengar diorang bergaduh kecil disebabkan benda yang
kecik je.. tapi ye lah.. harap semua orang dari jabatan ni tak kisah la dari
kelas mana pun bersahabat dengan sebaiknya.
Buang yang keruh ambil yang jernih.
0 comments:
Post a Comment