Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Pertama Kali Menjadi Fasilitator- Fendy



Taniah diucapkan kepada semua peserta ATLAS kerana dapat menjayakan pogram Tautan Hati Semaian Budi di SMK Mengkarak dan Kg Tok Langit, Pahang. Saya sendiri berasa bangga kerana dalam program inilah kali pertama saya menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar SMK Mengkarak. Saya sendiri tiada pengalaman dalam menjadi fasilitator namun, terdapat rakan-rakan seperjuangan telah membantu saya dalam menjadi fasilitator yang lebih baik.
Saya bersama Maisarah dan Lavania telah menjadi fasilitator kepada kumpulan 6. Pertama kali sememangya kami bertiga merasa agak kekok dan malu sebab pelajar akan mengharapkan sesuatu daripada kami. Lagi-lagi daripada mahasiswa dan mahasiswi UM. Alhamdulillah, kami bertiga dapat juga berkongsi maklumat mengenai UM dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan pelajar-pelajar tersebut. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti kumpulan kami mempunyai ahli yang namun bantuan daripada Fasi 20 akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah ini.  Akhir kata, untuk menjadi fasilitator bukanlah sesuatu yang mudah namun, program ini telah dapat mematangkan saya dalam kehidupan sebenar dan memberi pengalaman yang manis di SMK Mengakarak.



MOHD. SYAHFENDY BIN SOFIAN


0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak