Galeri

TRAVELOG ATLAS

Sunday, 29 April 2018

Malam Kebudayaan : Seribu Kenangan Terpahat di Ingatan- Aliff


Pada malam 7 April 2018, telah diadakan malam kebudayaan. Pada malam tersebut, kesemua pelajar terlibat dan berada di dewan SEMARAK 1 pada pukul 9 malam. Pada malam itu, saya juga terlibat untuk membuat persembahan bagi fasilitator ATLAS. Saya berasa amat gelabah kerana kali terakhir saya bermain gitar di khalayak umum adalah sewaktu saya di tingkatan lima di majlis makan malam akhir tahun asrama. Oleh itu, saya telah melakukan sedikit latihan sebelum melakukan persembahan pada malam tersebut. Bukan itu sahaja, pada malam itu juga ramai pelajar yang menyerlahkan bakat mereka untuk mempersembahkan di hadapan kawan-kawan mereka yang lain. Saya berasa amat kagum kerana tidak sangka mereka yang pada awalnya malu-malu tetapi mereka boleh membuat perembahan dengan agak baik. Setelah habis persembahan daripada peserta maka tibalah giliran fasilitator ATLAS untuk membuat persembahan. Pada malam itu, saya telah bermain gitar lagu Di Matamu oleh Sufian Suhaimi. Disebabkan agak gementar saya telah melakukan sedikit kesilapan kerana penyanyi iaitu kawan saya Fatin tiba-tiba lupa lirik. Jadi, saya cuba bermain sebaik mungkin untuk tidak menampakkan kecatatan. Itulah kenangan malam kebudayan yang meninggalkan seribu kenangan di fikiranku.

ALIFF FARHAN BIN ABDUL KADIR
PP SUKAN ATLAS



0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak