Ketibaan
kami di Kg Tok Langit disambut meriah oleh Ketua Kampung di situ. Kami
dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu satu kumpulan satu rumah. Kami dikehendaki
melakukan CSR bersama tuan rumah masing-masing. Saya bersama lagi 5 orang rakan
pergi ke sebuah rumah yang terletak di hujung kampung tersebut. Kami disambut
baik oleh tuan rumah iaitu En Suhaimi. En. Suhaimi menunjukkan kawasan yang
sesuai untuk kami menanam pokok durian belanda tersebut. Dari perbualan kami
bersama beliau, kami mendapati bahawa ahli keluarga beliau juga memang suka
menanam kerana di belakang rumah beliau banyak terdapat pelbagai jenis pokok
yang ditanam sendiri seperti pokok cili dan sebagainya. Setelah menanam pokok
durian belanda, kami juga membersihkan sampah sarap yang berada di sekitar
kebun tersebut. Tidak dinafikan bahawa kawasan kampung tersebut memang
menyamankan dan tenang. Kerja kami selesai dalam masa sejam. Setelah itu, tanpa
disangka kami dihidang dengan roti jala bersama kuah kari oleh isteri beliau.
Dan roti jala tersebut sememangnya sedap !!... Kami bergembira kerana dapat
menjalankan aktiviti ini walaupun dalam masa yang agak suntuk. Semoga en.
Suhaimi dan keluarga tidak melupakan kami dan In Shaa Allah kami akan datang
menjenguk lagi pada masa akan datang…
|
Kami dihidangi dengan roti jala dan kuah kari |
|
Bersama Encik Suhaimi dan cucu-cucunya |
|
Pembersihan kawasan sekitar kebun |
|
Penanaman pokok durian belanda |
|
Tinggalan kenangan kami di Kg Tok Langit |
0 comments:
Post a Comment