Galeri

TRAVELOG ATLAS

Tuesday, 1 May 2018

Ulasan daripada Penasihat Jalinan Masyarakat, Dr Saripah Osman




Salam sejahtera,

Alhamdullilah bersyukur kepada Allah S.WT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya program Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dapat dijalankan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Pengarah ATLAS Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi iaitu saudara Shamil Rushdan bin Samsudin bersama seluruh ahli jawatankuasa ATLAS atas usaha, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam menjayakan projek Tautan Hati Semaian Budi di SMK Mengkarak dan Kg Tok Langit. Saya juga amat berpuas hati dengan projek ini dan mengharapkan agar jalinan yang terjalin ini akan berterusan. Terima kasih juga kepada seluruh guru-guru SMK Mengkarak terutama Pengetua SMK Mengkarak, Hajah Rahamah Binti Said dan warden asrama, Cikgu Azhar bin Mohamed  dan Cikgu Azri bin Aziz serta kepada Tok Penghulu, Safie bin Yahya dan  seluruh penduduk Kg Tok Langit yang sanggup bekerjasama dan memberikan layanan yang sangat baik kepada semua pelajar ATLAS.

Tidak dinafikan projek ini tidak akan berjaya tanpa tajaan kewangan daripada pelbagai pihak seperti Ethnomate SDN BHD, Barang Comel Kraf, EymasuWorldCraft, SMK SG  Semoga semua yang memberi sumbangan bagi projek ATLAS ini diberkati Allah.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepada seluruh AJK Jalinan Masyarakat Jabatan Geografi ATLAS 2018. Semoga semua pelajar-pelajar saya berjaya di dunia dan akhirat. Saya sayang pelajar saya.

Dr. Saripah Osman
Terima kasih dan salam hormat.



Tautan Hati Semaian Budi- Ahnaf Irsyad


Program Jalinan Masyarakat yang saya hadiri ini sesungguhnya telah memberikan impak dan pengalaman berguna bagi saya. Sepanjang program ini, pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh saya dan ia seakan keajaiban bahawa kami, 76 orang pelajar jabatan Geografi pengambilan 2017/2018 benar-benar telah melakukannya.
                Jalinan Masyarakat ini bukanlah program seperti kuliah yang normal, tetapi ia seakan-akan kami terkapai-kapai mencari idea dan haluan untuk menjayakan program ini. Jika tidak kerana ahli kumpulan yang bekerja membentuk satu pasukan, saya sudah pasti tidak mampu menjalankan tugas yang diberi dan saya sangat bersyukur kerana memiliki pasukan yang berdedikasi, walaupun tidaklah cemerlang prestasinya kerana kami hanyalah setahun jagung.
                Sepanjang saya bersama pasukan saya, iaitu Unit Multimedia dan Publisiti, saya telah mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi dengan ahl kumpulan dengan lebih efisyen kerana sebelum ini saya hanyalah bekerja dalam  kumpulan kecil atau secara individu yang mana kebebasan individu adalah kepuasan berbanding bekerja dalam kumpulan yang memerlukan pandangan dan keputusan yang lebih saksama.

Sesi perbincangan dalam kumpulan

               
Perjalanan kami ke SMK Mengkarak dan berinteraksi dengan penduduk Kampung Tok Langit sangat bernilai. Ia bukanlah berkenaan dengan prestasi kerja lagi, namun disebabkan kerjasama dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar SMK Mengkarak telah membuatkan saya seronok bersama dengan mereka walaupun saya kekurangan masa untuk berinteraksi dengan mereka atas tugasan saya mengambil gambar sepanjang program.
                Namun, masa yang sedikit itu cukup untuk membuatkan saya belajar bagaimana untuk mengadaptasi kepada keadaan sekeliling yang memerlukan saya untuk mengubah tona bercakap kerana batasan umur yang panjang antara saya dan pelajar sekolah tersebut. Ia adalah proses yang panjang, namun bagaiamana saya belajar daripada pengalaman tersebut adalah lebih penting kerana ia dapat diaplikasikan pada masa dan situasi akan datang.
                Kampung Tok Langit pula memberikan saya pandangan mendalam mengenai hidup masyarakat kampong. Ia berlainan dengan Bandar yang mana saya lebih biasa dengan keadaan sekelilingnya. Namun di kampong ia adalah masyarakatnya yang memberi perbezaan kerana ramah mereka sungguh hangat dan lebih terbuka berbanding masyarakat Bandar.

Hema yang diubati dengan ubatan kampung


                Selain itu, saya juga mempelajari teknik-teknik perubatan kampong melalui tanaman-tanaman yang sering didapati di kampong. Ia adalah satu pembukaan minda kerana ia menunjukkan bahawa betapa tenangnya hidup dikampung kerana semua sumber adalah didapati dihalaman rumah sahaja berbanding di Bandar yang memerlukan segalanya di kedai.

Masih Waras dan rasa dihargai - Nurin


Pengalaman ke Kg. Tok Langit  memang menyeronokkan. Tiada tekanan dan tenang.    Kg Tok Langit menjadi penyelamat daripada saya terus menggila atas faktor-faktor tertentu. Pergi tanam pokok durian belanda dan pergi bersihkan rumah penduduk kampung dengan hati yang agak senang kerana tuan rumah yang terlalu peramah, jadi tidak berasa kekok sangat. Setelah habis membersihkan kawasan rumah, kami dijemput oleh tuan rumah untuk menjamu sedikit kudap-kudap untuk menghilangkan dahaga dan penat. Sebelum pulang, tuan rumah telah memberikan kami sehelai tuala kecil setiap seorang. Sejujurnya, perasaan pada waktu itu memang terharu terhadap layanan yang telah diberikan dan kesudiannya menerima kami. Pengalaman dekat Kg Tok Langit semuanya BEST. Sejuk hati sekejap pergi sana. Seterusnya, walaupun hari ahad yang merupakan hari terakhir di SMK Mengkarak agak kelam kabut dan tergesa gesa tetapi ia berakhir dengan jayanya dan terima kasih kepada warga SMK Mengkarak kerana sudi menerima kunjungan kami. Kesudian mereka dalam turut serta menjayakan JM kali ini .


Kami mendapat hadiah kenang-kenangan daripada pihak Mak Cik  

Kesabaranku diuji .... - Nurin


Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada biro logistik kerana telah bertungkus lumus menyediakan bas pergi dan balik sepanjang JM. Bas yang disediakan sangat selesa dan  mempunyai pelbagai kemudahan. Namun begitu, yang menjadi tidak selesa dan kurang menyamankan apabila tiba-tiba  ada segelintir  orang yang tiba-tiba  berkaraoke dalam bas. Bas yang saya sedang ceritakan sekarang adalah bas A. Subhanallah…nasib baik mereka  mula berkaraoke  setengah jam atau 1 jam lagi nak sampai SMK Mengkarak, Kalau tak…boleh jadi gila. Bukan nak cakap suara mereka tak sedap tapi sebenarnya memang tak sedap pun. Jujur dari hati. Itu baru cerita perjalanan pergi  ke SMK Mengkarak, belum lagi  perjalanan pulang ke UM. Masih lagi bernasib baik kerana masuk-masuk bas A saja terus tidur sebab memang sudah kepenatan ya amat sangat! Akan tetapi, apabila sedar saja daripada tidur, bunyi-bunyi sumbang sudah kedengaran. Walaupun bas A untuk pulang ke UM merupakan 2 tingkat dan bunyi sumbang tersebut dari tingkat bawah, namun tetap mengganggu ketenteraman penghuni bas A. Bunyi nyamuk pun masih merdu kedengaran di telinga. Harapan agar insan yang berkaraoke tersebut perlu perbetulkan cara nyanyian anda kerana sangat kelaut. Akhir sekali, terima kasih kepada saudara Law (dari biro logistik) sebab menjadi penyelamat keadaan. Kalau tiada dia, mungkin sudah berlaku rusuhan dalam bas A walaupun sebenarnya memang hampir hendak berlaku rusuhan. Saya pun nak tabik dengan driver bas sebab  tahap kesabaran dia memang tinggi dan telinga dia pun  saya rasa  memang kebal. p/s: tiada gambar dalam bas sebab sibuk nak tidur, jadi bagi gambar bas pun jadilah.




Teruskan! - Abhiraami A/P K.A.Raman


Pada Hari kedua iaitu pada 7 April 2018, aktiviti telah dimulakan dengan senaman pagi dan diteruskan dengan explorace. Daripada explorace yang telah dijalankan, pelajar-pelajar dapat mengeratkan hubungan bersama ahli kumpulan dan juga dapat belajar cara menggunakan masa dengan baik. Pada waktu petang pula, persiapan bagi malam kebudayaan telah dijalankan dan diteruskan dengan malam kebudayaan [ada waktu malam]. Dalam malam kebudayaan ini, semua pelajar dapat menunjukkan kebolehan mereka dari segi tarian dan lakonan dan lain-lain lagi. Pada hari terakhir iaitu 8 April 2018, aktiviti jalinan masyarakat dijalankan di Kampung Tok Langit. Aktiviti pembersihan dan juga penanaman pokok durian belanda telah dijalankan. Fasi-fasi telah dapat meluangkan masa bersama penduduk kampung aktiviti ini. Selepas acara penutup, fasi-fasi telah sampai semula ke UM Central pada pukul 8.30 malam. Secara keseluruhannya, daripada aktiviti jalinan masyarakat ini, saya dapat mempelajari banyak perkara dan paling utamanya mengeratkan hubungan bersama rakan sekelas saya.



Fasilitator & pelajar, saling melengkapi - Abhiraami A/P K.A.Raman


Pada hari pertama jalinan masyarakat iaitu pada  6 April 2018, kami telah bertolak pada pukul 7.45 pagi dari UM Central dan tiba di SMK Mengkarak pada pukul 11.45 pagi. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah upacara perasmian majlis dan diteruskan dengan pembahagian pelajar-pelajar SMK Mengkarak ke kumpulan masing-masing bersama fasilitator mereka. Para pelajar dan juga fasilitator telah diberi makan tengah hari dan diteruskan dengan sembahyang jumaat bagi yang Muslim dan slot moral bagi yang bukan muslim. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sesi ice-breaking bersama ahli ahli kumpulan. Dengan ini, saya dapat mengenali secara lebih dalam pelajar-pelajar dalam kumpulan saya dan latar belakang mereka. Pada waktu petang, aktiviti sukan bersama pelajar telah diadakan iaitu bermain bola beracun bersama fasi dan juga pelajar menggunakan kain batik bagi pelajar perempuan dan bola sepak berkain pelekat untuk pelajar lelaki. Aktiviti ini telah mengeratkan hubungan bersama pelajar dan juga fasi-fasi yang terlibat. Pada waktu malam, aktiviti pembinaan  menggunakan bahan yang diberi telah dijalankan. Aktiviti ini mendorong pelajar unuk berfikir secara kreatif dan juga mengeratkan hubungan bersama pelajar dan juga fasi-fasi.





Semangat Kerjasama Membangkitkan Kejayaan Kita - Mak Woei Zhe




1.    Melalui projek Jalinan Masyarakat tersebut saya dapat mempelajari kepentingan tolong menolong antara satu sama lain. Walau pun semua ahli kita telah dibahagikan kepada pelbagai unit dan masing- masing mempunyai tugasan sendiri tetapi jika mereka memerlukan bantuan daripada unit lain, kita tetap akan membantu mereka. Contohnya, apabila unit tajaan mengalami masalah mendapat bantuan kewangan daripada pihak luar, unit lain juga akan menghulurkan bantuan untuk membantu mencari kawangan daripada pihak luar. Ini dapat mengelakkan projek Jalinan Masyarakat kita terganggu di samping itu merapatkan lagi hubungan antara kita.

2.    Selain itu, saya jugak dapat melihat kekuatan perpaduan antara ahli Jabatan Geografi dengan pelajar-pelajar di SMK Mengkarak di Pahang. Walaupun ahli Jabatan Geografi dan pelajar SMK mengkarak terdiri daripada kaum yang lain seperti kaum Iban, Kadazan, Bateq, Cina, Melayu, dan India, dan sebagainya, kita masih dapat saling bergaul antara satu sama lain tanpa sikap diskriminasi. Perpaduan tersebut jelas dapat dilihat semasa pelajar SMK Mengkarak membuat ‘Cheers SEMARAK’ dan menari ‘Goyang Nasi Padang’.


Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak