Tarikh : 2 April 2018
Tempat : Dewan Kuliah D, FSSS
Aktiviti : Perubahan Program
1.0 PEMBENTANGAN TENTATIF TERKINI
Tentatif ini telah diubah kerana terdapat banyak masalah di tempat
sebelum ini iaitu di KG. Pelegong, Negeri Sembilan dan akan diadakan di SMK Mengkarak,
Pahang . Tentatif proram yang baru dibuat oleh biro protokol ini telah
dibentangkan di depan penyelaras projek iaitu Dr. Saripah dan semua pelajar.
Majis perasmian akan dilakukan pada jumaat malam.
2.0 UNIT MAKANAN
Kita akan makan 4 kali pada hari pertama, 5 kali pada hari kedua dan 1
kali pada hari terakhir. Kos makanan adalah sebanyak rm25 seorang dan catering
pada hari terakhir adalah sebanyak rm32 seorang. Jamuan ringan diadakan selepas
kuliah maghrib.
3.0 PEMBAHAGIAN KUMPULAN FASI
Terdapat 20 kumpulan. Seramai 225 orang pelajar sekolah dan 76 orang
fasilitator. Pelajar akan dibahagikan kepada 20 kumpulan. 11 orang pelajar dalam
satu kumpulan. Fasilitator dalam setiap kumpulan ada dalam 3 orang. Satu
kumpulan akan ada 14 orang termasuk fasilitator. Syamel ketua fasilitator. 15
fasi penolong dan 20 orang untuk explorace. 60 fasi dalam kumpulan.
4.0 TETAPKAN MASA BAGI SETIAP PERMAINAN
Ice breaking akan diberikan masa selama 30 minit termasuk cheers. Setiap
kumpulan akan bergerak ke tempat masing-masing dan pembentangan akan dilakukan
dalam kumpulan masing-masing bagi aktiviti Team Building.
5.0 AMBIL KEHADIRAN BAGI SETIAP SLOT
Setiausaha kena ambil kehadiran semua peserta bagi setiap slot. Hal ini
untuk memastikan tidak ada peserta yang tidak hadir bagi setiap slot.
6.0 PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM AKTIVITI EXPLORACE
Satu check point akan ada 2 orang fasi yang jaga. 2 kumpulan akan datang
ke satu check point dan bertanding. Setiap permainan ada masa yang telah
ditetapkan dan markah akan dikumpulkan mengikut aktiviti. Kita akan ada 10
pemenang.
7.0 PEMBAHAGIAN TUGAS SEMASA AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN
Pastikan semua peralatan telah disediakan untuk aktiviti malam kebudayaan pada malam tersebut. Fasi
yang 15 orang kena ambil bahagian tugas masing-masing. Malam kebudayaan akan
disertai oleh pelajar dan fasi sekali.
0 comments:
Post a Comment