Galeri

TRAVELOG ATLAS

Wednesday, 4 April 2018

Mesyuarat Kali Keempat Belas

Tarikh : 23 Mac 2018
Tempat : Dewan Kuliah A, FSSS
Aktiviti : Pembentangan Tempat dan Aktiviti Baru


1.0 PEMBENTANGAN TENTATIF  PROGRAM
Pembentangan tentatif program oleh biro protokol. Tentatif telah diubah mengikut pertukaran tempat yang terbaru iaitu di Kampung Pelegong, Labu, Negeri Sembilan.

2.0 PEMBENTANGAN OLEH BIRO MAKANAN
Peserta akan makan enam kali sehari. Makanan akan disediakan oleh penduduk kampung. Semua peserta kena bawa bekas makanan sendiri untuk menjimatkan kos.

3.0 PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI KAMPUNG PELEGONG
Pihak Kampung mengenakan bayaran RM50 seorang untuk satu hari. Bayaran ini tidak termasuk dengan bayaran untuk aktiviti lain seperti melawat kebun jambu, menganyam rotan yang menelan kos RM3.50 setiap seorang. Aktiviti yang dapat dilakukan oleh pelajar sedikit sahaja. Anggaran baju adalah 150 unit sekali dengan penduduk kampung dengan jumlah RM3750.

4.0 LAIN-LAIN

Penyelaras projek iaitu Dr. Saripah tidak bersetuju dengan perjanjian yang dibuat oleh penduduk kampung tersebut kerana menelan kos yang banyak dan ingin menekankan konsep keluarga angkat yang tidak memerlukan pelajar membayar untuk penginapan dan setiap aktiviti yang dilakukan tidak dikenakan bayaran. 




0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak