Tarikh : 16 Mac 2018
Tempat : Dewan Kuliah C, FSSS
Aktiviti : Cadangan Plan kedua
Pengarah
projek iaitu Abdul Rahman telah memberikan taklimat mengenai perkembangan
semasa dan masalah-masalah yang wujud berkaitan dengan tempat program yang akan
dijalankan tidak lama lagi. Ketua Kampung Lambak,Tanjung Malim iaitu Encik Zul masih
lagi tidak memberi apa-apa maklum balas setelah beberapa kali dihubungi. Beliau
mendiamkan diri dan tanpa memberikan sebarang kata putus. Hal ini telah
menyusahkan pihak kami untuk berurusan dengan beliau.
Walaupun begitu, Tuan
pengarah mencadangkan pelan B iaitu mengadakan program di Kampung Pelegong, Negeri
Sembilan. Kos yang diperlukan adalah antara RM100-RM150. Pihak majlis tertinggi ATLAS dan penolong pengarah telah
berbincang mengenai tempat tersebut dengan bantuan seorang bekas pelajar
Universiti Malaya untuk berurusan dengan pihak kampung tersebut. Pelbagai
alternatif juga digunakan untuk mengumpul lebih banyak dana dan tajaan seperti
penjualan biskut, mendapatkan dana sekurang-kurangnya RM10 setiap seorang dan
lain-lain. Semua pelajar perlu mendapatkan dana dan tajaan dengan kadar yang
segera dalam tempoh yang terdekat.
Galeri
TRAVELOG ATLAS
Wednesday, 4 April 2018
Mesyuarat Kali Ketiga Belas
April 04, 2018
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment