Galeri

TRAVELOG ATLAS

JUSTIFIKASI PROJEK

      



      Bagi merealisasikan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pihak universiti telah mewajibkan penglibatan mahasiswa dalam melaksanakan program masyarakat di luar universiti. Pihak kami telah memilih Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak dan Kampung Tok Langit di Bera, Pahang. 

      Antara tujuan utama projek ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan pelajar Asrama SMK Mengkarak serta penduduk Kampung Tok Langit. Hal ini telah memberi peluang kepada mahasiswa untuk bergaul dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar Asrama SMK Mengkarak dan penduduk Kampung Tok Langit. Beberapa kemahiran lain juga dapat dipelajari seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menguruskan sebuah pasukan dan sebagainya. Di sini kita dapat lihat bahawa segala kemahiran ini bukan sahaja digunakan sewaktu program dijalankan, malah berguna untuk para pelajar praktikkan pada masa depan. 

       Selain itu, projek ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa nilainilai murni sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini dapat melahirkan pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah turut cemerlang dari segi sahsiah dan rohani. Oleh itu, program ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk mendalami konsep kemasyarakatan itu sendiri melalui beberapa aktiviti yang akan dijalankan bersama. 

0 comments:

Post a Comment

Pengenalan Ahli Jawatankuasa

Maklum Balas Guru SMK Mengkarak